PENYANYI Syura Badron tidak berputus asa mencari van jenama Foton berwarna putih miliknya yang hilang dipercayai dicuri di Flat S Balau, Taman Rinting Pasir Gudang, Johor sejak 12 April lalu.
Cerita Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, dia menyedari kehilangan van berpendaftaran BRC 185 semasa meminta pekerjanya membawa kenderaan tersebut ke Kuala Lumpur.
Menurut Syura, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM130,000 yang melibatkan van dan barang perniagaan.
Syura harap van dapat ditemui dengan segera.