MEMANDANGKAN suaminya iaitu Kamal Adli sibuk dengan komitmen kerja, pelakon Uqasha Senrose berkata dia terpaksa berdikari menguruskan diri sepanjang tempoh kehamilan.
Meskipun bimbang keadaan dirinya, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata Kamal tiada pilihan kerana terikat dengan penggambaran drama di luar kawasan.
Justeru itu, aktres berkenaan dijaga oleh ahli keluarganya termasuk ibu dan kakak yang sentiasa menemaninya di rumah.