HAMPIR tiga tahun tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran dan tiada pendapatan, pelakon Jalil Hamid meluahkan rasa syukur apabila banyak pihak yang sudi memberi bantuan.
Kata Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, bantuan tersebut bukan sahaja untuk membeli ubat-ubatan, malah wang itu juga digunakan untuk perbelanjaan harian.
“Terus terang saya katakan dalam tempoh tiga tahun ini memang tiada pendapatan. Sumbangan yang diberikan orang itulah jadi lepaskan kepayahan,” katanya kepada mStar.
Keadaan kesihatan Jalil masih belum pulih sepenuhnya.