PENYANYI Jaclyn Victor tidak bercakap selama dua hari susulan mengalami masalah kehilangan suara bagi memastikan dapat berentap di minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad ini.
Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 45, berkata, dia juga mengambil pelbagai ubat-ubatan selepas berjumpa doktor dalam usaha memastikan masalah Laryngitis dihadapinya beransur pulih.
“Saya gembira untuk beritahu keadaan saya sekarang bertambah baik selepas berjumpa dengan doktor.
Jaclyn semasa memaklumkan tiada suara kepada media.