ISTERI kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mendedahkan suaminya itu pernah memberitahu dia hanya mahu hidup sehingga umur 43 tahun.
Ina atau Nordiana Mohd Naim, 39, perkara itu diluahkan sendiri oleh Suhaimi namun tidak menyangka ia menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia pada angka itu.
“Masa hidup arwah cakap memang nak hidup sampai umur 43 tahun sahaja. 12 Oktober adalah ulang tahun kelahiran dia,†katanya kepada pemberita.
Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada malam Rabu.