SEBAGAI tanda sokongan terhadap rakyat Palestin, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah mengambil inisiatif menghimpunkan barisan selebriti dalam Himpunan Kemanusian Palestin.
Acara yang berlangsung di Pulau Pinang itu merupakan salah satu acara program sempena penganjuran Starvendors Penang Foodfestival yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.
Menurut Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 48, solidariti yang ditunjukkan itu juga menggambarkan perasaan sedih ramai rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa perang di bumi Gaza.
Ifa berjaya kumpulkan artis beri sokongan terhadap Palestin.