SELEPAS dua minggu melancarkan tabung bantuan kepada Ibnor Riza, pengacara Datuk Aznil Nawawi menyerahkan wang tunai sebanyak RM20,000 hasil kutipan bagi membantu merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapi penyanyi berkenaan.
Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, 61, berkata dia berjaya mengutip sebanyak RM19,488, namun menggenapkan jumlah sumbangan menjadi RM20,000.
“Saya akan transfer duit RM20,000 ini ke dalam akaun abang dan gunakanlah untuk rawatan abang.