DITUDUH sengaja meninggalkan anak di tandas sebuah pusat membeli belah terkenal, penyampai radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar atau lebih mesra disapa Cik Piah tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku terhadap cahaya mata sulungnya itu.
Menurut Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 34, insiden Adam Malique tertinggal di tandas itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan salah faham.
Adam menangis ditinggalkan Cik Piah di tandas pusat beli belah.
“Bukan sengaja nak tinggalkan anak tetapi waktu itu saya bawa anak ketiga untuk mandi dan tukarkan lampin dia.