PELAKON Puteri Sarah Liyana membuktikan kata-katanya untuk menyaman kakak ipar bekas madunya iaitu Ira Kazar yang bercakap buruk mengenainya di media sosial.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menerusi Instagram miliknya memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos lalu.