KONTROVERSI hubungan penyanyi Nourul Wahab dan anaknya Ayu Nazirah yang kini kembali jernih menjadi bukti bahawa pelakon Datin Seri Maria Farida tidak terlibat dalam konflik keluarga itu.
Ia dapat dilihat apabila bekas suami kepada Nourul iaitu Ajai dalam satu pertemuan dengan pihak media sebelum ini mendedahkan apa yang berlaku antara dua beranak itu hanyalah sekadar salah faham sahaja.
Malah, tafsiran negatif netizen terhadap apa yang berlaku dengan mengaitkan nama Maria Farida adalah tidak benar dan bersifat tuduhan semata-mata.