PENURUNAN berat badan Hafiz Suip sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi kesan kepada kualiti persembahan secara langsung di atas pentas.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, berkata, meskipun badannya semakin ringan namun pergerakannya di atas pentas semakin terbatas berbanding sebelum ini.
“Selepas saya kurus memang ada perubahan dalam persembahan saya. Perubahan dari segi pergerakan saya lebih terbatas.
Hafiz memberitahu vokalnya masih berada dalam keadaan baik.