PELAWAK Amir Raja Lawak meluahkan rasa kesal apabila kehadirannya berniaga air balang di hadapan Masjid Jamek Kamunting, Perak dianggap cuba mencuri pelanggan peniaga sedia ada di kawasan tersebut.
Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 34, berkata, dia membuka gerai air balangnya di kawasan tersebut secara santai malah tidak mensasarkan keuntungan apatah lagi cuba menutup periuk nasi peniaga lain.
Sebaliknya jelas Amir, tujuan sebenar dia datang ke Taiping bagi membantu mempromosikan perniagaan sahabatnya yang ketika ini sedang terjejas teruk.