PENGANJUR konsert 4G’s akhirnya mengesahkan acara berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada April 2020 tidak akan diteruskan.
Belbis Sdn Bhd dalam satu kenyataan media memaklumkan konsert yang menampilkan penyanyi Tomok, Hazama, Akim Ahmad, Black Hanafiah itu dibatalkan berikutan beberapa masalah tidak dapat dielakkan.
“Memahami keresahan serta persoalan berkenaan Konsert 4G’s yang tertangguh sejak sekian lama, pihak Belbis Sdn Bhd selaku penganjur konsert memohon jutaan maaf kepada semua peminat.