PELAKON era-80 an Norlida Ahmad selamat menjalani pembedahan membuang nanah di dalam buah pinggangnya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada Sabtu lalu.
Anak perempuannya iaitu Ally Marisha Afrina berkata, nanah sebanyak 400 mililiter berjaya dikeluarkan namun sedang menunggu luka bahagian pembedahan itu pulih sebelum dapat dijahit semula.
“Alhamdulillah pembedahan berjaya dan nanah sebanyak 400 mililiter dapat dikeluarkan.
Ally memberitahu keadaan ibunya kini stabil.