PELAKON Nadhir Nasar berbesar hati menjadi sebahagian daripada sukarelawan misi kemanusian membantu menguruskan barangan keperluan ke Gaza Palestin.
Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, berkata ini bukan kali pertama penglibatannya dalam Ops Ikhsan bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia memandangkan sebelum ini lebih selesa membantu di belakang tabir.
“Selama ini saya banyak membantu di belakang tabir tapi disebabkan semalam saya ada kelapangan kerana penggambaran habis awal jadi saya turun padang untuk membantu sekali penghantaran bantuan tersebut.
Nadhir ketika bersama krew penerbangan.