USAHAWAN Datuk Seri Adnan masih lagi tidak percaya dirinya sudah berpisah dengan isteri kedua iaitu penyanyi Adira pada 24 April lalu.
Reda menerima takdir perpisahan itu, Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, 46, bagaimanapun berkata dia dan Adira bersepakat menjaga hubungan baik antara mereka demi anak-anak.
“Sejujurnya saya masih di awang-awangan… macam tak percaya. Tapi saya tak nak menaruh harapan takut nanti kecundang lagi.
Datuk Red hanya tersenyum semasa keluar dari mahkamah pada 24 April lalu.