PELAKON Meerqeen berjaya membeli kereta idamannya iaitu Mercedes-Benz model G-Class atau G-Wagon selepas bekerja keras selama tiga tahun sebagai anak seni.
Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, kejayaan memiliki kenderaan mewah itu disifatkan sebagai langkah senyap yang akhirnya membuahkan hasil membanggakan.
Dianggarkan G-Wagon berharga RM1.5 juta.