PERSATUAN Ulama Malaysia (PUM) mendesak agar penganjuran konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dibatalkan.
Ketua Pemuda PUM, Dr Muhammad Alihanafiah Norasid berkata, penganjuran konsert berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia selain ia jauh daripada norma dan tatasusila tempatan.
Alihanafiah juga memberitahu penganjuran konsert itu juga boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November depan.