JULUNG kali mengadakan konsert berskala besar, penyanyi Aina Abdul membuktikan dia antara salah seorang penghibur terbaik apabila 10,000 penonton hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menonton persembahannya pada malam Sabtu.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, langsung tidak menghampakan peminat apabila memberikan persembahan cukup bertenaga dan ternyata penonton pulang dengan perasaan puas dihiburkan penyanyi itu selama tiga jam konsert berlangsung.
Aina yang cukup terkenal dengan teknik nyanyian nada tinggi menyampaikan sebanyak 34 buah lagu popularnya termasuk beberapa lagu daripada penyanyi lain menerusi konsert A Night With Aina Abdul 3.0 itu.
Aina Abdul menyampaikan sebanyak 34 buah lagu.