SEJAK muncul menerusi program realiti Show It All di China, kumpulan Dolla tiba-tiba mendapat perhatian dalam kalangan penggemar muzik di negara berkenaan.
Salah seorang anggotanya iaitu Syasya berkata, dia bersama ahli Dolla yang lain turut berasa terkejut dengan penerimaan dan sambutan luar biasa diberikan kepada mereka sepanjang berada di sana.
Malah kata pemilik nama sebenar Noorsyasya Afiqah Sharizal, 33, ini, pada hari terakhir berada di China, dia disapa oleh peminat yang mengejarnya untuk memberi hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.