EMPAT tahun menyulam cinta, pelakon Eyka Farhana belum ada perancangan menghalalkan hubungan dengan teman lelaki iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 28, sebaliknya memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada karier seninya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.
“Kalau tanya fasal kahwin memang kami belum ada perancangan ke arah itu. Orang kata belum sampai seru. Kami pun tengah sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Eyka dan Akhyar sibuk dengan kerjaya masing-masing.