MIRA Filzah mungkin dilihat berdiam diri apabila tular foto tidak senonoh miripnya disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) sebelum ini.
Bagaimanapun dalam berdiam diri, Mira, 30, memberitahu sudah berusaha melaporkan akaun tersebut namun TikTok memaklumkan tiada sebarang pelanggaran berlaku.
“Saya ada terima pelbagai mesej berhubung akaun palsu yang guna wajah Mira untuk edit benda tidak senonoh.