ASTRO memberi jaminan akan menyelesaikan kes tuntutan wang RM10,000 yang dibuat oleh keluarga Allahyarham Hamid Gurkha.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya juga kesal akan kejadian yang berlaku atas pelawak legenda itu.
Malah Astro juga menghubungi waris Allahyarham bagi menyelesaikan tuntutan berkenaan dalam tempoh secepatnya.
Allahyarham meninggal dunia pada 14 Jun 2022.