PELAKON Hun Haqeem selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama W: Two Worlds beberapa bulan lalu.
Pembedahan dijalankan pada Selasa di Hospital Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur dan dia dijangka dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan pada Rabu.
Menurut Hun atau Haqeem Hermy, 25, kakinya masih belum boleh dapat bergerak dengan baik namun masih dapat tidur lena selepas selesai pembedahan.