PRIHATIN dengan mangsa keganasan di bumi Palestin, penyanyi dan komposer Faizal Tahir sanggup menjual barangan peribadi sebagai inisiatif menghulurkan bantuan ke negara bergolak itu.
Tampil menganjurkan acara Faith4Palestine, Faizal, 45, turut mengajak penonton mendalami isu-isu negara berkenaan melalui sesi podcast bersama aktivis Nadir Al-Nuri.
“Ini bukan acara hiburan semata-mata. Kami adakah sesi perbincangan terbuka dan juga bidaan barang peribadi saya.
Kutipan tiket akan disalurkan kepada Palestin.