SEJAK sudah tidak bertudung, penampilan dan gerak-geri pelakon Fathia Latiff mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen.
Terbaharu, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dia sedang bermain bola keranjang seorang diri.
Menerusi foto berkenaan, Fathia dilihat mengenakan pakaian ketat berwarna hijau hingga menampakkan lurah dada dan bahagian ketiak.