SELEPAS setahun berkenalan, pelakon Ameerul Asyraf Mohammad akhirnya sah bergelar suami kepada Nurul Nasirah Khalid dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.
Pasangan berkenaan bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur berwalikan wali hakim.
Berkongsi mengenai hari bahagianya itu, Ameerul berkata dia dan isteri membuat persiapan mendirikan rumah tangga itu sejak Oktober lalu.
Majlis resepsi pasangan ini berlangsung di Johor.