PELAKON Intan Ladyana selamat melahirkan bayi kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal sekitar pukul 12.45 tengah hari.
Berita gembira kelahiran itu turut dikongsi oleh suami kepada Intan iaitu pelakon Harris Aliff menerusi laman sosial miliknya.
Intan dan Harris sebelum ini berkongsi berita bakal sambut anak lelaki.