SELEPAS enam minggu bertanding menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3), penyanyi Emma Suhaimi memberitahu adiknya iaitu Adira Suhaimi semakin yakin menyanyikan lagu berbahasa Inggeris.
Emma, 34, berkata, FD3 banyak membantu mereka keluar daripada zon selesa selain seronok dapat mencuba pelbagai genre baharu yang belum pernah dibawa sebelum ini.
“Perubahan paling ketara kami keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai genre berbeza dan cabaran setiap minggu buatkan minda kami lebih terbuka.