PENERBIT drama Datuk A. Aida turut terkesan dengan berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.
A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, Allahyarham merupakan seorang kenalan dan mereka pernah berhubung atas urusan kerja sebelum ini.
Malah beritahunya, kali terakhir dia berhubung dengan Johari sekitar dua minggu lalu bagi membincangkan tentang penggambaran filem terbaharu terbitan A Aida Production.
A. Aida tidak sangka seorang kenalan turut terlibat dalam nahas.