VOKALIS kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG), Riko Agus membuat kejutan apabila memaklumkan dirinya dan tiga lagi anggota SOG iaitu Qayyum Rahim, Amsyar Saiful, MK Ridzuan tidak lagi bersama band berkenaan.
Riko, 27, berkata, mereka dimaklumkan tidak lagi menjadi ahli SOG sejak dua bulan lalu dan persembahan terakhir mereka ketika di acara SOG Reimaginasi yang diadakan pada 17 Jun lalu.
“Di sini kami ingin membuat pengumuman pada tarikh 26 Jun 2023, kami dimaklumkan bahawa kami bukan lagi sebahagian dari band SOG.
Riko memaklumkan dirinya bukan lagi anggota SOG.