BEKAS isteri kepada Hafidz Roshdi mendedahkan aktor itu culas membayar nafkah buat dua anak mereka.
Nurul Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, Hafidz hanya memberi wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.
Shuhada berkata, ibu bapanya turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anaknya.
Shuhada perlu bekerja untuk membesarkan anak-anak.
“Dia hanya beri saya sebulan RM100 sahaja untuk setiap anak. Jadi hanya RM200 setiap bulan. Dia culas bayar nafkah anak-anak.
“Jadi, saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak saya seorang diri.
“Ibu dan ayah pun ada bersama saya bantu untuk menyediakan keperluan anak-anak. Mereka pun ada keluarkan duit mereka,” katanya kepada mStar pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuhada dah lama ‘move on’, kongsi foto lama dengan Hafidz Roshdi kerana nak tunjuk lemak badan
ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan elak masak sambal sotong, Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi… “Ini lauk kegemaran diaâ€
Jelasnya, nafkah yang diberikan Hafidz itu tidak mencukupi memandangkan kos persekolahan anak pertamanya, Humairah, 6, mencecah sehingga RM1,000.
“Ini tidak termasuk makan dan minum. Belum lagi keperluan adiknya, Umar yang sekarang umur tiga tahun.
“Sekurang-kurangnya kalau dia bagi RM800 hingga RM1,000 itu saya boleh lagi. Saya boleh tambah-tambah mana yang perlu,” ujarnya.
Saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak.
NURUL SHUHADA
BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI
Dia juga terkilan apabila Hafidz hanya mengeluarkan kenyataan memintanya memadam hantaran yang dilakukan bagi tujuan kerja sebelum ini.
“Saya tidak lihat pun gambar yang disediakan itu. Yang saya tahu adalah cari duit untuk anak-anak.
“Niat saya bagi untuk besarkan anak-anak tapi dia yang marah lebih-lebih,” ujarnya.
Shuhada dan Hafidz berkahwin 30 April 2016 dan bercerai pada Julai lalu.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!