ISTERI kepada penyanyi Aril Pilus iaitu Puteri Erma Adlina Megat Aminuddin terpaksa melupakan hasrat untuk kembali bertugas di awan biru disebabkan permintaan suaminya yang berhasrat memiliki seorang lagi cahaya maya.
Menurut Erma, tawaran kontrak sebagai pramugari yang diterima itu terpaksa ditolak sekiranya dia memilih untuk hamil lagi.
“Dimulai dengan perbincangan bersama suami ketika syarikat penerbangan panggil bekas pramugari untuk sertai semula semasa Covid-19 dahulu. Suami kata nak anak lagi.
Aril menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada Selasa.
“Kalau nak anak lagi saya tidak boleh sertai semula sebab kontrak tidak boleh hamil. Fikir usia pun dah tak berapa muda,” katanya.
Erma menulis perkara tersebut di Insta Story miliknya pada Khamis selepas dua hari melahirkan anak keduanya.
Dalam hantaran tersebut, dia turut menceritakan bagaimana mula dikesan menghidap masalah fibroid sehingga perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan untuk melakukan pemeriksaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gembira dalam duka… Isteri Aril Pilus masuk ICU selepas bersalin anak kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun menunggu, Aril Pilus teruja isteri hamil anak kedua… Terima hakikat ini merupakan cahaya mata terakhir
Masalah kesihatan itu bagaimanapun berjaya dikesan sebelum dia disahkan hamil anak kedua.
“Selepas itu didapati ada beberapa fibriod besar dekat perut. Pemeriksaan di Kota Bharu dan rawatan susulan semua buat di sana.
“Beberapa temu janji doktor sahaja saya pergi. Akhirnya tidak pergi sebab doktor beritahu tidak boleh buat apa-apa, hanya perlu pemantauan sahaja,†ujarnya.
Aril bersama isteri dan anak sulung mereka.
Dalam masa sama Erma juga menulis pengalaman dua kali menjalani pembedahan akibat berlaku pendarahan teruk selepas bersalin pada Selasa lalu.
Sehari berada di unit rawatan rapi (ICU), dia memberitahu keadaannnya masih lemah selain turut meluahkan rasa syukur dikuniakan dua orang cahaya mata.
“Ini yang terakhir sebab doktor sudah keluarkan organ yang bernama rahim. Jangan tanya lagi, memang rezeki anak dua orang sahaja,” jelasnya.
Untuk rekod Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013 dan mereka juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!