Berpengalaman dalam industri radio sejak tahun 2006, Suraya Borhan terkenal denagn kepetahannya berbicara setiap kali mengendalikan segmen Suria Petang. Tetapi kini, Suraya bergandingan dengan Ajak dan Datuk Fizz Fairuz di Morning Morning Suria!
Amat meminati muzik, fesyen, mengembara dan filem, Suraya juga merupakan seorang ‘Voice Over Talent’ dan pengacara.
Minat Suraya adalah mengumpul kasut dan melancong.
Apa yang peminat tidak tahu mengenai Suraya adalah beliau seorang yang sensitif.
Tiga perkara yang menggambarkan SURAYA: Peramah, suka ketawa dan pendengar yang baik.