TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Harum Mekar Di Hati, penyanyi Mas Idayu terbuka menerima sebarang kritikan daripada pendengar.
Kata Mas Idayu, 52, kemunculan karya ini juga menjadi bukti dia masih kekal relevan setelah sekian lama tidak merakamkan lagu baharu untuk pasaran Malaysia.
“Jika ada yang mahu menilai… terserah. Saya digelar sebagai seorang penyanyi dan tampil dengan single baru. Saya tidak peduli dengan apa orang nak cakap.
Mas Idayu sedia berdepan kritikan selepas tampil dengan lagu baharu.