Viral

[VIDEO] Mudahnya 2 lelaki bermotosikal ragut warga emas, hanya beberapa saat dapat larikan barang kemas

SATU insiden ragut membabitkan seorang wanita warga emas di kawasan perumahan Kampung Pandan, Kuala Lumpur tular di media sosial selepas rakaman kejadian berdurasi kurang daripada seminit dimuat naik oleh pengguna Facebook. 

Video dari pemilik akaun Facebook, Mohd Hafifie itu memaparkan detik cemas apabila dua lelaki bermotosikal meragut barang kemas milik mangsa sebelum melarikan diri dalam kejadian yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah rumah di kawasan tersebut. 

“Berhati-hati semua, ramai peragut sekarang yang tertarik kepada barangan kemas (emas) yang dipakai oleh wanita ketika berada di luar rumah. Kejadian di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,” tulis Mohd Hafifie.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh