PENGENDALI Persik Kediri, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak sebarang kemungkinan untuknya kembali semula ke Malaysia sebagai jurulatih kelab Liga Super.
Dia yang kini mengendalikan kelab Liga Super Indonesia itu terbuka untuk menerima tawaran kembali ke Malaysia namun meletakkan beberapa syarat.
Berdasarkan perkongsian pemerhati bola sepak tempatan, Fina Nasrom, Kim Swee mahu kelab yang mempunyai hala tuju jelas untuk memikatnya kembali ke Malaysia.





