ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh meluahkan rasa bengang terhadap seorang wanita yang menuduh dia sengaja meminta bantuan orang ramai bagi menampung kehidupan bersama anaknya.
Lebih membuatkan Fara, 33, geram apabila wanita berkenaan dipercayai ada kaitan dengan Shuk menerusi pemerhatiannya di laman sosial.
"Tiba-tiba dapat notifikasi dia hina saya. Apa motif dia nak cakap begitu? Saya lihat profil peribadinya dan dia ada kongsi video bersama Shuk. Saya rasa dia merupakan salah seorang klien Shuk.

Perkongsian Fara di Instagram.






