Midea, salah satu pengeluar peralatan elektrik rumah yang terkemuka dan terbesar di dunia, telah mengumumkan penyerang bola sepak Manchester City, Erling Haaland, sebagai Duta Rasmi Global Midea. Pengumuman ini adalah hasil kerjasama Midea dengan Manchester City yang bermula pada Januari 2020 dan baru diperbarui pada bulan Mei 2023. Sehingga kini, kerjasama kedua-dua pihak telah menarik berjuta-juta penggemar bola sepak dari seluruh dunia.
Untuk meraikan pelantikan Erling Haaland sebagai Duta Rasmi Midea, Midea dan Manchester City telah menghasilkan sebuah video sempena pelancaran, ‘Make Yourself at Home’ dengan menunjukkan penggunaan produk Midea oleh Haaland dalam kehidupan harian di rumahnya agar mendapatkan keseimbangan dan kekuatan yang diperlukan untuk rumah keduanya, iaitu Stadium Etihad.
Jenama peralatan elektrik utama ini akan terus bekerjasama dengan Erling Haaland pada masa depan. Melalui pelbagai kempen, peminat Haaland dapat dihubungkan dengan pelanggan Midea serta peminat bola sepak dari seluruh dunia, melalui langkah pembelian barang eksklusif dan aktiviti-aktiviti digital lain.
Erling Haaland berkata, “Midea merupakan rakan kongsi yang membawa kebanggaan kepada Manchester City. Saya berasa seronok kerana dapat melibatkan diri dalam kempen-kempen yang diadakan semasa bersama kelab. Saya perasan logo Midea di seluruh Stadium Etihad dan setelah mengetahui tentang saiz syarikat dan hasrat mereka, saya gembira untuk menjadi Duta Jenama Global mereka mulai hari ini. Video pertama yang kami rakamkan pada beberapa minggu lalu sungguh menyeronokkan. Saya berharap untuk bekerja bersama mereka pada masa yang akan datang”.
Eric Wang, Presiden, Perniagaan Smart Home Kumpulan Midea berkata, “Erling Haaland adalah nama yang dikenali ramai, beliau merupakan pemain yang diperhati dan diperkatakan oleh penonton dari seluruh dunia. Walaupun beliau sangat hebat, tetapi beliau seorang yang rendah diri. Beliau mempunyai potensi yang belum diterokai sepenuhnya pada usia 23 tahun – sama seperti jenama Midea kami. Kami sangat gembira memulakan kerjasama dengan beliau.”
Midea Scott & English Electronics Sdn Bhd – President Mr. Ng Kong Chin, juga menyatakan bahawa, “Erling Haaland adalah seorang individu yang boleh diteladani oleh generasi muda. Beliau muda, berbakat, dan mempunyai semangat kesukanan serta bersikap positif yang tinggi terhadap kehidupan, sentiasa mematuhi prinsip-prinsip seperti kerja berpasukan dan keazaman yang kukuh. Sama ada di padang atau dalam kehidupan harian, semangat kesukan membawa inspirasi dan nilai-nilai penting. Kami menantikan kerjasama bersama beliau pada masa akan datang.”
Sempena pembaharuan kerjasama ini, Midea Malaysia telah melancarkan promosi BUY.WIN.FLY. yang berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2023.
Senarai pemenang telah diumumkan di laman web rasmi Midea Malaysia (https://www.midea.com/my) serta platform media sosial (Facebook dan Instagram) pada 20 Oktober 2023 lalu. Seterusnya, majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada 30 Oktober 2023 (Isnin) bertempat di Bunglow 37, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Ahli Pengurusan Midea Scott & English Electronics Sdn Bhd,Presiden Encik Ng Kong Chin, Pengurus Besar, Encik Mark Tam dan Penolong Pengurus Besar, Encik Peter Jiang.
Maklumat lanjut, layari www.midea.com/my