Blog

26 Results / Page 2 of 3

Lyodra Tak Takut Masuk Malaysia

Oleh Asraf Aided JUARA Indonesian Idol X, Lyodra Ginting akui tidak takut untuk membuat konsert pertama di Malaysia meskipun negara ini sudah mempunyai ramai penyanyi hebat. Menurut Lyodra, 21, dia melihat konsert kolaborasi bersama Afgan iaitu Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur 28 September nanti sebagai peluang terbaik untuk mengenali lebih rapat peminat di negara ini. "Setakat ini rasa takut itu tak ada sebab saya sendiri sangat mengagumi […]

today14 August 2024 152

Olimpik Paris 2024: Beyoncé, Taylor Swift Bakal Muncul Di Acara Penutup?

Susunan Asraf Aided PENYANYI Hollywood popular, Beyoncé dan Taylor Swift dikhabarkan bakal membuat kemunculan pada acara penutup Sukan Olimpik Paris 2024, di Stade de France, 12 Ogos ini. Namun memetik laporan Vogue France, khabar angin itu masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini. Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 9 hingga 11 malam, waktu tempatan. Untuk makluman, pengarahan artistik acara penutup diarahkan oleh Thomas Jolly, sama seperti pembukaan kira-kira dua […]

today9 August 2024 502

Sharifah Zarina Mahu Cetus Trend Di TikTok

Oleh Khadijah Ibrahim PENYANYI Sharifah Zarina mahu mencetuskan trend terbaharu di platform TikTok menerusi single terbaharunya yang berjudul 40. Menurut Sharifah Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, buat masa ini tidak banyak lagu yang berkisarkan tentang golongan berusia 40-an sepertinya di platform berkenaan. Lagu itu juga menjadi taruhan untuk kemunculan semula Sharifah Zarina selepas agak lama menyepi.  Ia merupakan hasil ciptaan Fahimi Rahmat, Glowrush dan Eugene Lai. […]

today9 August 2024 57

Mark Adam Kongsi Pengalaman Detik Sukar

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Mark Adam mengaku beliau pernah dilanda kemurungan dan kebimbangan (anxiety) sewaktu menerima perkhabaran berita yang bapanya meninggal dunia di Cebu, Filipina. Katanya, meskipun sedih kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bapa, beliau tetap terima ujian tersebut dengan tabah. "Anxiety ini kita tak boleh elak lagi-lagi di masa sekarang. Hidup memang banyak cabaran dan saya pernah dapat anxiety masa ayah saya meninggal dunia. Ketika itu […]

today7 August 2024 76

Sissy Imann Pernah Stres, Hilang Selera Makan

Oleh Asraf Aided PENYANYI Sissy Imann akui bukan mudah untuk menempa kejayaan sebagai artis hingga dia pernah melalui fasa stres dan hilang selera makan. Menurut Sissy atau nama kelahirannya Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, hingga sekarang pun dia masih belum selesa dengan kedudukannya dalam dunia seni yang semakin mencabar. "Saya rasa agak normal untuk pendatang baharu berasa risau dan memikirkan banyak perkara untuk merancang kerjaya. Saya pun pernah melalui fasa […]

today6 August 2024 48

Pereka Fesyen Dituduh Guna ‘Mak Esah’ Untuk Menang Pertandingan

Oleh Asraf Aided Pereka fesyen Nik Amri menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia melakukan perbuatan khurafat ketika pementasan koleksinya di acara Precious Of Malaysia International Cultural Fashion Week (ICFW) berlangsung di Menara Affin @TRX, 3 Ogos lalu. Pada hari pertunjukan, Nik yang membawa jenama Kin by Nik hangat diperkatakan di media sosial kerana menampilkan seorang wanita berselubung kain hitam dan berperwatakan seakan bomoh. Wanita itu membawa semangkuk bunga melur […]

today5 August 2024 68

Riezman Sanggup Tolak Tawaran Berlakon Drama TV

Oleh Khadijah Ibrahim PELAKON Riezman Khuzaimi, 54, akui sanggup menolak tawaran belakon drama TV tempatan kerana bayarannya tidak lagi memuaskan. Beliau sebaliknya lebih berminat membintangi drama OTT kerana bayaran serta watak untuk drama di platform itu lebih menarik. "Sebenarnya tawaran berlakon drama TV memang ada tapi bayarannya kurang memuaskan. Kita kalau kerja di pejabat pun gaji makin lama makin naik tapi ia tidak berlaku dalam bidang lakonan. Ada juga yang […]

today29 July 2024 81

Min Yasmin Abadikan Dugaan Cemas Hamil Anak Sulung Dalam AnugerahMu

Oleh Khadijah Ibrahim PENYANYI Min Yasmin, 36, tampil dengan single baharu berjudul AnugerahMu yang dicipta khas untuk anak sulungnya, Muhammad ZulFiras yang lahir pada 16 September 2023. Lagu dan lirik AnugerahMu ciptaan Julfekar Ahmad Shah yang juga suami kepada Min, dimuat naik ke saluran YouTube Julfekar Music Channel mulai 22 Julai 2024. Menariknya, video muzik arahan Suhaimi Suhaili itu turut menampilkan suami dan anak tercinta yang penggambarannya dibuat ketika ZulFiras […]

today23 July 2024 127

Artis Baharu Cepat Naik, Mudah Lupa Diri? Zur Eda Beri Teguran

Oleh Asraf Aided PENYANYI veteran, Zur Eda menegur sikap segelintir artis baharu zaman ini yang cepat meniti populariti tetapi akhirnya lupa diri. Menurut Zur Eda atau nama kelahirannya Zuraidah Mokhtar, 59, perjalanan untuk menjadi popular sekarang memang lebih mudah berbanding dahulu dengan kewujudan media sosial namun situasi sebegitu pasti ada baik buruknya untuk ditempuhi. "Pendapat saya mudah saja, biasanya kalau seseorang artis itu terlalu cepat naik, maka cepatlah juga mereka […]

today23 July 2024 50

0%